Bahasa MelayuPendidikanMasyarakatBudaya
Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak
Umum mengetahui bahawa ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak. Ibu bapa yang bertanggungjawab akan sentiasa memantau perkembangan anak mereka dan memberikan yang terbaik untuk mereka. Membaca merupakan salah satu amalan yang wajar dipupuk dalam diri setiap individu. Amalan membaca merupakan amalan yang mulia kerana pelbagai ilmu yang boleh dipelajari dan diterokai. Ibu bapalah yang perlu mencorak dan menerap amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Persoalannya, apakah peranan dan langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam memupuk amalan yang berfaedah ini dalam kalangan anak-anak?
Antara peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak adalah dengan menjadi contoh teladan atau suri teladan yang baik kepada mereka. Ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca di rumah agar anak-anak dapat mencontohi kelakuan tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa pada setiap hari untuk membaca surat khabar, buku atau majalah di hadapan anak-anak. Amalan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malahan dapat memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa juga boleh mempraktikkan amalan bercerita sebelum tidur dengan menggunakan buku-buku yang menarik dan berunsur pengajaran. Tegasnya, ibu bapa haruslah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak agar amalan membaca menjadi ikutan
201 words